Melepaskanmu
Melepaskanmu...
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati...
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati...
Kala malam tidurku tak lena
Mengenangkan mu...
***
Sekejap je masa. Sampai tak sedar langsung sejak bila buka mata. Tup-tup dah 4 tahun kat sini. Dan, tup-tup , kena berdepan dengan perpisahan sementara ni.
"Memories are to be remembered.."
Well, yeah. Setuju.
Tapi bukan mudah nak hadapi semua ni. Umpama semalam kita tidur, kita mimpi, mimpi yang teramat indah yang kalau boleh kita tak nak bangun lagi, kalau boleh kita nak dalam keadaan begitu je. Tapi bila sedar-sedar je, separuh jiwa melayang. Apa yang terlakar, tinggal memori.
Memori yang tak boleh lagi diputar
Allahu Rabbi, sekejapnya masa. Dalam waktu yang sekejap cuma, Kau anugerahkan aku dengan nikmat yang tak terhingga.
Dan bila sampai ke tahap ini, aku tak mampu lagi nak lepaskan.
Sukar. Tambah lagi, melepaskan tangan sahabat yang kita sayang.
Suka, berkongsi sama.
Duka, dibahagi sama,
Sayang, tanpa rasa sebaliknya,
yang paling penting sekali..
HATI, yang tertaut kerana ILAHI.
****
"Med, kalau itu yang terbaik untuk awak, awak jangan fikirkan kita kat sini, sambung perjuangan awak kat sana ok.."
Lirih.
Air mata yang tumpah untuk kesekian kalinya aku tak endah,..
"Mai,,,"
"Pergi je..."
"Nanti dah tak jumpa.." Tsk.
"Tak pe, asal tak lupa.." Senyum,
****
Sebetulnya, kita berkehendak atas sesuatu hal, tapi sebaik-baik yang berkehendak itu Allah. Allahu Al-Qadr.
Bukan istikharah penentu jawapan.
Bukan takdir titik kehidupan.
Tapi, semua tu bawah rancangan Tuhan,
Dia berkuasa menentukan setiap hal. Dia maha mengkehendaki atas sesuatu perkara. Dan kita?
Jangan berputus asa ;)
****
But love, is a hidden feeling that will always grow fonder , between two buddies that their hearts are attached to each other, for the sake of Allah.
And.
May Allah protect our hearts. Amin.
****
Bismillah..
Jalan ini, mungkin sukar.
Mungkin akan ada lelah di setiap titik persinggahan.
Tapi ketahuilah
Besarnya nikmat, manisnya perjuangan.
Bila kita telan segala yang pahit,
Dan hadapinya
Dengan cekal dan sabar.
"Sesungguhnya, kita datang dari syurga, biarlah di akhir kehidupan kita nanti pun di syurga."
Terbanglah sebelah sayapku,
Jangan kau pandang apa yang merobekmu.
****
Khairunnas, anfa'uhum linnas.
"Sebaik-baik manusia, ialah yang memberi manfaat pada orang lain."
"Tuhan menciptakan kita dengan Cinta-Nya. Jika Dia tidak mencintai kita, Dia tidak akan menciptakan kita.
Kembalilah dengan mencintai sesama dan bawalah cinta ini kepada semua yang ada di sekitar kalian."
[Mawlana Shaykh Hisham Al-Kabbani]
Sampai sini, perjuanganku di Maahad.
Moga ketemu lagi, sahabat.
Comments
Post a Comment